Keusahawanan
Pertanian
Kegiatan pertanian merupakan ekonomi sara diri yang utama bagi penduduk di Kampung Melugu. Kebanyakan daripada mereka menjalankan kegiatan penanaman lada, kelapa sawit, padi dan getah bagi menampung keperluan keluarga. Penanaman padi terbahagi kepada huma (bukit) dan paya. Selain itu, terdapat penduduk kampung yang mengusahakan penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di kawasan hak milik mereka.
Kebanyakan penduduk di Kampung Melugu menjalankan kegiatan pertanian sara diri seperti penanaman padi yang terdiri daripada padi bukit (huma) dan paya. Setiap tahun bermula dari bulan September/Oktober, mereka akan mula menanam padi dan menuai padi bermula dari bulan Februari tahun berikutnya. Terdapat juga penduduk yang menanam sayur-sayuran dan buah-buahan seperti ubi kayu, jagung, kacang dan sebagainya untuk menampung keperluan keluarga.
Keusahawanan
Sebilangan penduduk Kampung Melugu juga menjalankan aktiviti perniagaan yang melibatkan urusan jual beli seperti kedai runcit dan penjualan kuih-muih. Harga yang dikenakan adalah mengikut harga ekonomi semasa.
Sebahagian daripada penduduk Kampung Melugu mempunyai minat dan berkemahiran dalam seni kraftangan. Mereka menghasilkan kraftangan mengikut kreativiti dan permintaan pelanggan dengan harga yang berpatutan.
PERKEBUNAN
Terdapat sebilangan penduduk yang mengusahakan kebun lada dan getah di kawasan berbukit-bukau di tanah milik mereka. Hasil penuaian lada dan getah adalah untuk menampung keperluan keluarga atau untuk dijual sebagai pendapatan sampingan.
PENTERNAKAN
Penduduk di Kampung Melugu juga menjalankan kegiatan penternakan seperti ayam, itik, burung puyuh, kambing dan khinzir secara kecil-kecilan untuk menampung keperluan keluarga.
PERIKANAN
Terdapat juga sebilangan penduduk yang menjalankan kegiatan perikanan seperti menternak ikan, memancing dan memukat di kawasan-kawasan sungai bagi mengisi masa lapang.
PERLADANGAN
Penduduk turut mengusahakan ladang kelapa sawit yang dapat memberi hasil pulangan yang lumayan kepada mereka.