Kisah Kejayaan

Timothy Endia anak Tony Chang

Timothy Endia anak Tony Chang merupakan seorang belia yang telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu sejak dari tahun 2020. Beliau mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terhad dalam penggunaan Microsoft Office kerana tidak terdedah dengan Microsoft Office sebelum ini.

Oleh itu, Timothy Endia telah mendaftarkan diri untuk menjadi peserta kelas ICT di PEDi Melugu bagi mengembangkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Microsoft Office supaya dapat memudahkan beliau mencari pekerjaan pada masa hadapan. Kini, beliau mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam penggunaan alatan-alatan dalam Microsoft Office terutamanya Words

 


Samuel Saul anak Tony Chang

Adik Samuel Saul anak Tony Chang telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu pada tahun 2020. Sebelum ini, beliau kurang terdedah dan tidak berkemahiran dalam penggunaan Microsoft Office terutama Words dalam pembelajaran. Beliau juga kurang terdedah dengan advokasi.

Selepas mengikuti kelas-kelas ICT di PEDi Melugu, adik Samuel Saul semakin yakin dan berkebolehan menggunakan Microsoft Words dalam kehidupan sehariannya. Beliau juga turut berpengetahuan dalam keselamatan penggunaan internet.

 


Emillia Ginchi anak Lukas

Adik Emillia Ginchi anak Lukas merupakan seorang pelajar STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang yang telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Komuniti Melugu pada tahun 2020. Walaupun beliau merupakan pelajar STPM, namun pengetahuannya dalam penggunaan Microsoft Office masih terbatas.

 


Oleh itu, adik Emillia Ginchi yang masih mengikuti PDPR telah mengambil peluang untuk menyertai kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti Melugu bagi memudahkannya menyiapkan kerja-kerja sekolah. Kini, beliau semakin yakin dan berkebolehan menggunakan Microsoft Words untuk membuat dan mengedit perkataan.

Emeldha anak Kempen Jamba
Adik Emeldha anak Kempen Jamba merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang telah menjadi ahli Pusat Internet Komuniti Melugu sejak dari tahun 2019. Namun begitu, beliau mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terhad dalam penggunaan Microsoft Office terutamanya Words.

 

Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu semasa menjalani sesi pembelajaran melalui PDPR, beliau semakin mahir menggunakan ICT seperti Microsoft Office Words seperti mengedit, memformat dan menambah elemen ke dalam teks. Adik Emeldha juga berpengetahuan dalam keselamatan penggunaan internet.

 


Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PI

Adik A’lora Muligon Lanan merupakan salah seorang ahli Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Beliau berumur 13 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Melugu. Sebelum wujudnya PI Melugu, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial dan menonton youtube. Beliau kurang terdedah dengan penggunaan Microsoft Office seperti Words, Paint dan Powerpoint. Beliau juga sukar mendapatkan maklumat bagi tujuan pembelajaran kerana tidak mengetahui cara untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan benar di internet.

Dengan bimbingan dari PI, adik A’lora Muligon Lanan semakin mahir menggunakan aplikasi yang terdapat dalam komputer dengan menghadiri kelas-kelas yang diadakan oleh pihak PI. Malah, beliau dapat menyiapkan kerja sekolahnya dengan lebih cepat dan mudah melalui aplikasi yang terdapat dalam komputer seperti Microsoft Words.


Chrisalleang Anak Tihim

Chrisalleang Anak Tihim merupakan seorang ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,beliau kurang pengetahuan dalam menggunakan aplikasi komputer,etika menggunakan internet dengan betul dan kurang pendedahan tentang kemudahan teknologi pada masa kini.

Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan sering menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI Melugu.Antara pelajaran yang dipelajari oleh Chrisalleang Anak Tihim sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah mempelajari tentang menggunakan Microsoft office seperti words,powerpoint dan excel.Selain itu,beliau juga mempelajari menggunakan Adobe Photoshop.Beliau juga selalu menghadiri kelas advokasi.

Kini beliau sudah pandai menggunakan Microsoft Office seperti words,powerpoint dan excel dan menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian. Beliau juga tahu cara untuk mengedit gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop. Beliau juga terdedah dengan isu-isu yang berkaitan dengan ICT seperti Check your label,E-waste dan Klik dengan bijak malah merupakan salah seorang penyumbang kepada E-waste.


Gilligivray Augustine Anak Tawau

Kisah kejayaan yang ingin dikongsikan ini adalah mengenai kehidupan seorang pemuda yang bernama Gilligivray Augustine Anak Tawau. Beliau baru berumur 25 Tahun,berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Seni dan sekarang menyandang jawatan sebagai Sales Executive di salah sebuah hotel ternama di Sri Aman. Meskipun demikian,beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang solekan dan dandanan. Oleh itu beliau menjadikan minat tersebut sebagai kerja sampingannya. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau ialah solekan dan dandanan untuk Majlis pertunangan,Majlis perkahwinan,Majlis makan malam,Sesi fotografi untuk para model dan pertandingan kumang/ratu cantik.

Melihat kepada minat dan bakat yang terdapat dalam diri Gilligivray Augustine Anak Tawau ini,Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah memberi peluang dan sokongan kepada beliau dengan menyediakan bilik latihan untuk membolehkannya berkongsi tentang kisah kehidupannya supaya dapat membantu penduduk-penduduk nya yang lain untuk mengaplikasikan minat dan kemahiran yang terdapat pada diri sendiri dijadikan sebagai salah satu keusahawanan yang dapat menjana dan meningkatkan ekonomi di samping membantu diri sendiri.Melalui Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,perkhidmatan beliau lebih dikenali dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan sampingan beliau.


Lunta anak Julong

Pn. Lunta anak Julong berminat dalam pembuatan kraftangan. Sebelum ini, beliau menggunakan kreativiti dan bakat yang dimiliki untuk memperbaiki kelemahan dalam penghasilan kraftangan. Beliau sedar tentang penubuhan PI dalam membantu golongan usahawan untuk meningkatkan hasil pendapatan sampingan. Beliau telah mencari maklumat berkaitan kraftangan di laman web-laman web. Berikut adalah antara produk kraftangan yang dihasilkan oleh Pn. Lunta anak Julong dengan bantuan daripada anaknya.


Dorothy Mawi Aji

Pn. Dorothy Mawi Aji berminat dalam penjualan secara online yang menggunakan facebook sebagai platform selepas mendaftar sebagai ahli Smart Tycoon Group (STG) yang menjual perkakasan rumah dan produk kesihatan. Beliau sedar tentang penubuhan PI dalam membantu golongan usahawan untuk meningkatkan hasil pendapatan sampingan. Beliau sering mempromosikan produk jualan beliau menggunakan facebook dan whatsapp untuk menarik minat pelanggan yang ingin membeli produknya.


Ally Elvicia anak Wensley

Ally Elvicia anak Wensley merupakan ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau kurang pengetahuan dalam menggunakan aplikasi komputer, etika menggunakan internet dengan betul dan kurang pendedahan dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT pada masa kini.

Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan sering menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI Melugu. Antara pelajaran yang dipelajari oleh adik Ally Elvicia anak Wensley sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah mempelajari tentang penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Selain itu, beliau juga selalu menghadiri kelas advokasi.

Kini beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian dan pembelajaran. Beliau memanfaatkan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Youtube dengan lebih baik dan bijak. Beliau juga terdedah dengan isu-isu yang berkaitan dengan ICT seperti Check your label, E-waste dan Klik dengan bijak malah beliau berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang lain.


Fabian Yen anak Gerunsin

Fabian Yen anak Gerunsin ialah ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau jarang menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel dalam pembelajaran. Beliau juga kurang pemahaman tentang kegunaan ICT dalam kehidupan seharian serta kurang terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT. Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan menggunakan perkhidmatan di PI Melugu untuk mencari maklumat dan melayari media sosial seperti facebook dan youtube.

Kini beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian dan dalam bidang pelajaran. Beliau juga terdedah dengan isu-isu yang berkaitan dengan ICT seperti Check your label, E-waste dan Klik dengan bijak.


Eric anak Dom

Kisah kejayaan yang ingin dikongsikan ini adalah mengenai kehidupan seorang pemuda yang bernama Eric anak Dom. Beliau amat berbakat dalam pengendalian PA sistem dan sering diundang untuk menawarkan perkhidmatan beliau di majlis-majlis seperti Majlis Makan Malam, Majlis Perkahwinan dan Majlis Harijadi di kawasan yang berdekatan. Beliau sedar tentang kewujudan PI di Melugu dan telah menjadi ahli PI sejak awal penubuhan PI. Beliau juga sering datang untuk mendapatkan perkhidmatan dan sering menawarkan pertolongan dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan di PI serta merupakan sukarelawan di PI Melugu.

Melihat kepada minat dan bakat yang terdapat dalam diri Eric anak Dom ini, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah memberi peluang dan sokongan kepada beliau untuk mengetengahkan bakat dan potensi dalam pengendalian sistem audio semasa Program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Melugu yang berlangsung pada 26 Ogos 2017. Melalui Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, perkhidmatan beliau lebih dikenali dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan sampingan beliau.


Sem Umba anak Tarang

Sem Umba anak Tarang baru melibatkan diri dalam penjualan terapi resdung Herbanika dan makanan ringan berjenama Jeedjard. Beliau telah mengambil tempahan secara pukal (dropship). Beliau juga sudi mempamerkan produk jualan di PI Melugu untuk meningkatkan hasil jualannya. Selain itu, beliau sering mendapatkan perkhidmatan di PI Melugu seperti mencetak dan fotostat.


Daniel Voon

Daniel Voon merupakan ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau kurang terdedah dengan penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Beliau juga sukar mendapatkan maklumat bagi tujuan pembelajaran kerana tidak mengetahui cara untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan benar di internet.

Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan sering menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI Melugu. Antara pelajaran yang dipelajari oleh adik Daniel Voon sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah mempelajari tentang penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Selain itu, beliau juga selalu menghadiri kelas advokasi dan menggunakan sepenuhnya PI Melugu untuk tujan pembelajaran.

Kini beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian dan pembelajaran. Beliau memanfaatkan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Youtube dengan lebih baik dan bijak. Beliau juga dapat mengenalpasti peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC dengan menyertai kelas advokasi serta turut berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain.


Jackson Chundi anak Bara

Jackson Chundi anak Bara merupakan ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau jarang menggunakan Microsoft Office seperti Words dan Powerpoint dalam pembelajaran. Beliau juga kurang pendedahan dengan teknologi ICT, kurang berkemahiran dalam menggunakan teknologi ICT dan kurang terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT.

Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan menggunakan PI Melugu sebagai tempat untuk belajar dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan.

Kini, beliau juga semakin mahir menggunakan ICT seperti E-learning, Microsoft Word dan Powerpoint serta memanfaatkan penggunaan media sosial seperti youtube dengan lebih baik untuk mencari maklumat. Beliau juga terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT seperti Check your label, E-waste dan Klik dengan bijak.


Vanida Eszah anak Douglas

Kisah kejayaan pada kali ini adalah mengenai kehidupan seorang gadis yang bernama Vanida Eszah anak Douglas. Vanida Eszah anak Douglas telah menjadi ahli PI Melugu sejak awal tahun 2017. Beliau mempunyai minat dan bakat dalam membuat kraftangan dan perhiasan yang berasaskan manik. Beliau turut mempamerkan produk buatan beliau di Pusat Internet 1 Malaysia Melugu bagi mempromosi barangan beliau.

Beliau juga mengambil tempahan pembuatan perhiasan mengikut cita rasa pelanggan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, Vanida Eszah sering mendapatkan perkhidmatan seperti menggunakan komputer, mencetak dan fotokopi di PI Melugu.


Giner anak Bujang

Pn. Giner anak Bujang berminat dan berbakat dalam membuat kraftangan anyaman seperti bakul dan tempat untuk meletak surat. Beliau kerap melibatkan diri dengan aktiviti yang telah diadakan di PI Melugu dan menggunakan PI Melugu sebagai tempat untuk belajar bagi mempertingkatkan kemahiran beliau dalam membuat kraftangan.

Selain itu, beliau turut menggunakan PI Melugu untuk mempamerkan produk hasil kraftangan beliau di tempat yang telah disediakan oleh PI bagi golongan usahawan.


Jenny anak Dom

Pn. Jenny anak Dom berminat dalam penjualan secara online yang menggunakan facebook sebagai platform. Antara barangan yang dijual adalah seperti beg tangan, perkakasan rumah, barangan eleltronik dan lain-lain lagi.


Darina anak Mexwell

Darina anak Mexwell telah menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Melugu pada bulan December 2017. Sebelum ini, beliau kurang mahir menggunakan Microsoft Office (Words, Powerpoint & Excel), tidak berpengetahuan dalam mengedit gambar dan membuat video serta kurang pengetahuan dalam membuat surat rasmi permohonan kerja.

Selepas menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau telah memanfaatkan cuti dengan mempelajari ICT sementara menunggu keputusan SPM. Antara pelajaran yang dipelajari oleh adik Darina anak Mexwell sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Selain itu, beliau juga telah mempelajari cara untuk mengedit gambar dan membuat video, membuka akaun email, akaun blog, membuat resume serta membuat surat rasmi permohonan kerja menggunakan format yang betul.

Kini beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian. Harapan beliau adalah dapat memanfaatkan ilmu dan pengetahuan yang telah dipelajari dengan sebaiknya pada masa hadapan khususnya di alam pekerjaan.


Anesia anak Leonard

Anesia anak Leonard telah menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Melugu pada bulan Mac 2018. Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Beliau juga kurang pengetahuan dalam membuat surat rasmi untuk memohon pekerjaan.

Selepas menjadi ahli PI Melugu, beliau yang merupakan pelajar lepasan SPM tidak melepaskan peluang untuk mempelajari penggunaan ICT kerana beliau sedar tentang kepentingan ICT dalam kehidupan seharian. Kini, beliau semakin mahir menggunakan ICT seperti Microsoft Office (Words, Powerpoint & Excel) dan membuat resume. Beliau juga telah mengetahui cara membuat surat rasmi permohonan kerja menggunakan format yang betul.


Rose anak Ganya

Pn. Rose anak Ganya amat berminat dalam seni anyaman sejak tahun 2000. Pelbagai produk yang telah beliau hasilkan mengikut permintaan pelanggannya dengan harga yang berpatutan. Antara Produk yang dihasilkan oleh beliau adalah seperti yang terdapat dalam gambar.Untuk sebarang tempahan, pelanggan boleh datang terus ke kediaman beliau di alamat No 7, Jalan Ridan, Melugu Skim, 95000 Sri Aman, Sarawak ataupun ke PI Melugu untuk sebarang pertanyaan.


Rebeka Jabai anak Jim

Cik Rebeka Jabai anak Jim merupakan pelajar lepasan SPM 2017.Beliau amat berbakat dan berminat dalam membuat doorgift yang berbentuk anyaman. Beliau juga turut menghasilkan doorgift mengikut permintaan pelanggannya. Untuk sebarang tempahan, pelanggan boleh datang terus ke kediaman beliau di alamat No 7, Jalan Ridan, Melugu Skim, 95000 Sri Aman, Sarawak ataupun ke PI Melugu untuk sebarang pertanyaan.


Nieltadie Kubiah anak Ngaji

Adik Nieltadie Kubiah anak Ngaji merupakan seorang ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet Melugu. Sebelum mengikuti kelas di PI Melugu, beliau kurang pendedahan dan kurang berkemahiran dengan teknologi ICT. Beliau juga kurang pemahaman tentang kegunaan ICT dalam kehidupan seharian dan kurang terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT.

Selepas penubuhan Pusat Internet Melugu, beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet Melugu dan sering menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI Melugu. Antara pelajaran yang dipelajari oleh adik Nieltadie Kubiah anak Ngaji sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah kemahiran menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Selain itu, beliau juga selalu menghadiri kelas advokasi.

Kini beliau sudah semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel dan menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian. Beliau turut memanfaatkan penggunaan media sosial seperti youtube denagn lebih baik dan bijak dengan melayari benda-benda yang berunsur pendidikan. Beliau turut berkongsi pengalaman berkaitan dengan advokasi seperti Check Your Label, e-waste & KDB dengan rakan-rakan yang lain.


Jerico Rovel anak Jenson

Adik Jerico Rovel anak Jenson merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu. Beliau berumur 12 tahun dan merupakan pelajar darjah 6 di SK Melugu. Sebelum ini, adik Jerico kurang mahir dalam penggunaan peralatan komputer dan penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint & Excel. Beliau juga tidak berpengetahuan dalam isu-isu berkaitan ICT serta kurang pemahaman tentang penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.

Dengan penubuhan PI Melugu, adik Jerico Rovel kerap melibatkan diri dalam kelas-kelas yang diadakan oleh PI Melugu untuk menambah ilmu pengetahuan dan memperdalam kemahiran penggunaan komputer. Hasilnya, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta penglibatan dalam pertandingan ICT yang diadakan di PI. Beliau turut terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT melalui penglibatan dalam kelas advokasi.


Dom anak Bujang

En. Dom anak Bujang telah membuka perniagaan kedai runcit baru-baru ini yang menjual barangan keperluan harian seperti barangan makanan dan minuman. Kedai beliau yang diberi nama Dom Mini Mart terletak di Jalan Ridan, Melugu Skim beroperasi setiap hari kecuali Cuti Umum. Kedai beliau turut menjadi tempat persinggahan penduduk sekitar sebelum pergi dan balik dari tempat kerja. Selain itu, beliau juga menawarkan perkhidmatan menjual kad reload, mencetak dan fotokopi dengan harga yang berpatutan.


Ng Siaw Hong

Pn Ng Siaw Hong berminat dalam penjualan barangan secara online yang menggunakan Facebook dan Whatsapp sebagai platform. Beliau merupakan agen sah Sahajidah Hai-O Merketing Sdn Bhd bermula dari 24 Mac 2016 sehingga sekarang yang menjual pelbagai produk kesihatan dan penjagaan diri seperti MinKaffe, MinCha, Marine Essence, Herba Maharani, BioSeleza dan lain-lain lagi.

Untuk sebarang tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 012 – 8575632 atau page Facebook : siaw hong ng. Pelanggan juga boleh datang terus ke kedai beliau yang beralamat di G.P. Construction, No. 7, Mini Lockup Shop, Jalan Hospital, 95000 Sri Aman, Sarawak.


Siak anak Gaek

Pn. Siak anak Gaek merupakan salah seorang peniaga yang menjual makanan dan minuman di hadapan SK Melugu dan SMK Melugu pada setiap hari kecuali hujung minggu. Pelbagai jenis kuih-muih menjadi tarikan pelanggan seperti kuih gelang, karipap, kuih lapis, mee goreng, kuetiaw goreng, dan air sirap. Untuk sebarang tempahan, pelanggan boleh menghubungi beliau di talian 019-8485486 atau berkunjung terus ke rumah beliau yang beralamat di Rumah Mawan anak Edwin, Melugu Tembawai, 95000 Sri Aman, Sarawak.


Jeniceal Ben anak Luchu

Adik Jeniceal Ben anak Luchu telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu iaitu pada tahun 2017. Sebelum penubuhan PI Melugu, adik Jeniceal kurang terdedah dengan teknologi ICT dan kurang berkemahiran menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Beliau juga kurang terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT.

Selepas penubuhan Pusat Internet Melugu, beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet Melugu dan memanfaatkan Pusat Internet sebagai tempat untuk belajar dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan pada setiap hujung minggu. Kini beliau sudah semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel untuk menyiapkan kerja sekolah dan menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian. Beliau turut memanfaatkan penggunaan media sosial seperti youtube denagn lebih baik dan bijak dengan melayari benda-benda yang berunsur pendidikan. Beliau turut mengetahui tentang isu-isu semasa berkaitan ICT dan turut berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain.


Hafizal bin Abu Bakar

Adik Hafizal bin Abu Bakar telah menjadi ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet Melugu. Beliau datang berkunjung ke PI Melugu hamper setiap hari selepas tamat sesi persekolahan dan kerap menyertai kelas-kelas yang diadakan di PI Melugu. Sebelum penubuhan PI Melugu, adik Hafizal kurang mahir menggunakan komputer dan menggunakan Microsoft Office sepeerti Words, Powerpoint dan Excel). Beliau juga tidak berpengetahuan dalam isu-isu berkaitan ICT serta kepentingannya dalam kehidupan seharian.

Dengan penubuhan PI Melugu, adik Hafizal menggunakan sepenuhnya Pusat Internet Melugu sebagai tempat untuk menambah ilmu pengetahuan dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan. Beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel dan sering melibatkan diri dalam pertandingan ICT yang diadakan di PI. Beliau semakin memahami kegunaan ICT dalam kehidupan seharian.


Catherina Seraya anak Abit

Pn. Catherina Seraya anak Abit merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan kegiatan menjual kuih-muih secara bergerak menggunakan kereta di kawasan sekolah dan kawasan Kampung Melugu. Beliau dikenali kerana menjual pelbagai jenis kuih mengikut permintaan pelanggannya. Sebarang tempahan boleh menghubungi beliau di talian 012-8992737 atau berkunjung datang ke rumah beliau yang beralamat di Lot 90/A, Melugu Skim, 95000 Sri Aman, Sarawak.


Eva Damie anak Jim

Eva Damie anak Jim berminat dan berbakat dalam membuat kraftangan anyaman seperti doorgift. Beliau kerap membuat anyaman mengikut permintaan pelanggannya. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, pelanggan yang berminat boleh datang ke kediaman beliau di alamat No 7, Jalan Ridan, Melugu Skim, 95000 Sri Aman, Sarawak atau ke PI Melugu untuk sebarang pertanyaan.


Alexander Cameron anak Rumpang

Adik Alexander Cameron anak Rumpang telah menjadi ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet Melugu iaitu pada tahun 2017. Beliau datang berkunjung ke PI Melugu dan kerap menyertai kelas-kelas yang diadakan di PI Melugu. Sebelum penubuhan PI Melugu, adik Alexander tidak pernah terdedah dengan komponen komputer, tidak pernah mempelajari Microsoft Office dan kurang terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan ICT.

Dengan penubuhan PI Melugu, adik Alexander menggunakan sepenuhnya Pusat Internet Melugu sebagai tempat untuk memantapkan kemahiran ICT dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan. Beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel dan sering melibatkan diri dalam pertandingan ICT yang diadakan di PI. Beliau juga terdedah dengan permainan berunsur pendidikan dan keselamatan internet seperti Interland.


Harvey Indin anak Rumpang

Adik Harvey Indin Anak Rumpang telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu iaitu pada awal tahun 2017. Sebelum ini, beliau tidak pernah mempelajari Microsoft Office seperti Words, Excel, Powerpoint dan Publisher serta kurang terdedah dengan permainan yang berunsur pendidikan. Beliau juga kurang terdedah dengan isu-isu semasa ICT.

Selepas penubuhan Pusat Internet Melugu, beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet Melugu dan memanfaatkan Pusat Internet sebagai tempat untuk belajar dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan. Kini beliau sudah semakin mahir menaip dan kreatif dalam mempersembahkan sesuatu tugasan yang diberi dengan menggunakan Powerpoint dan Publisher. Beliau turut terdedah dengan permainan berunsur pendidikan seperti Uptoten dan Interland.


Rosita anak Philip

Pn. Rosita anak Philip merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan kegiatan kraftangan seperti gelang kaki, gelang tangan dan anting-anting yang berasaskan manik. Beliau menjual hasil kraftangannya di kawasan Kampung Melugu dan kawasan berdekatan. Hasil kraftangan beliau turut dipamerkan dan dijual di PI Melugu.

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, pelanggan yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 011-33644682 atau berkunjung terus ke rumah beliau di alamat TR Mail anak Daling, Jalan Kubau Dor, Melugu Skim, 95000 Sri Aman.


Daniel Voon

Adik Daniel Voon merupakan ahli Pusat Internet Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu. Beliau mula menjinakkan diri untuk menceburi penjualan produk secara online dengan cara mempromosikan barangan untuk mencari pendapatan dan menambah pengalaman menggunakan media sosial.


Salma Empeni

Pn. Salma Empeni merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berbakat dalam membuat kraftangan crochet. Sebagai seorang suri rumah,beliau menggunakan Facebook sebagai platform untuk menjual produk kraftangan crochet beliau. Beliau juga turut membuat kraftangan crochet mengikut kreativiti dan permintaan pelanggan. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 017-8843520 atau Facebook Salma Empeni.


Vyonnie Lunic anak Wellington

Adik Vyonnie Lunic anak Wellington telah mendaftar sebagai ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet Melugu. Beliau datang berkunjung ke PI Melugu dan kerap menyertai kelas-kelas yang diadakan di PI Melugu. Sebelum penubuhan PI Melugu, adik Vyonnie Lunic tidak pernah terdedah dengan komponen komputer, tidak pernah mempelajari Microsoft Office dan kurang terdedah dengan permainan yang berunsur pendidikan seperti Interland.

Dengan penubuhan PI Melugu, adik Vyonnie Lunic menggunakan sepenuhnya Pusat Internet Melugu sebagai tempat untuk memantapkan kemahiran ICT dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan. Beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel dan sering melibatkan diri dalam pertandingan ICT yang diadakan di PI. Beliau juga dapat mengenali komponen komputer seperti pc, keyboard dan tetikus serta terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan dengan ICT.


Violet Mundoi anak Wellington

Adik Violet Mundoi anak Wellington merupakan ahli Pusat Internet Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu. Sebelum ini, beliau tidak pernah mempelajari komponen computer dan Microsoft Office seperti Words, Excel, Powerpoint dan Publisher serta kurang terdedah dengan permainan yang berunsur pendidikan. Beliau juga kurang terdedah dengan isu-isu semasa ICT.

Selepas penubuhan Pusat Internet Melugu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Melugu dan memanfaatkan Pusat Internet sebagai tempat untuk belajar serta meningkatkan kemahiran ICT beliau. Kini beliau sudah semakin mahir menaip dan kreatif dalam mempersembahkan sesuatu tugasan yang diberi dengan menggunakan Powerpoint dan Publisher. Beliau turut terdedah dengan permainan berunsur pendidikan seperti Uptoten dan Interland.


Ramis anak Maregie

Pn. Ramis anak Maregie merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berminat dalam membuat kraftangan. Beliau telah menggiatkan diri untuk aktif menyertai kelas keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) yang diadakan di Pusat Internet Melugu. Pelbagai jenis kraftangan yang telah beliau pelajari dan dijual kepada penduduk sekitar Melugu. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 011-25004861.


Diana anak Basat

Pn. Diana anak Basat telah menjalankan aktiviti penjualan makanan dan minuman di hadapan sekolah pada setiap hari kecuali hujung minggu atau cuti persekolahan. Pelbagai jenis kuih-muih yang sering beliau hasilkan mengikut permintaan pelanggan seperti kuih ketayap, pulut, donut, mee/kuetiaw goreng, bubur nasi dan sebagainya. Untuk sebarang tempahan, pelanggan yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 017-8041965 atau berkunjung ke rumah beliau yang beralamat di Jalan Po-Ai, Melugu Skim, 95000 Sri Aman, Sarawak.


Felicia anak Bara

Adik Felicia anak Bara merupakan ahli di Pusat Internet Melugu sejak tahun 2017. Beliau sering datang ke PI Melugu terutamanya pada hujung minggu bersama rakan-rakan yang lain. Sebelum penubuhan PI Melugu, adik Felicia mempunyai kesukaran untuk mencari maklumat berkaitan dengan matapelajaran yang diajar di sekolah.

Dengan penubuhan PI Melugu, adik Felicia menggunakan sepenuhnya Pusat Internet Melugu sebagai tempat untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah dan seterusnya memantapkan kemahiran ICT dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan. Beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta turut melibatkan diri dalam pertandingan ICT yang diadakan di PI. Adik Felicia juga dapat mengenali komponen komputer seperti pc, keyboard dan tetikus serta terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan etika penggunaan internet.


Michell Muligon Mandai

Adik Michell Muligon Mandai merupakan ahli Pusat Internet Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu. Sebelum ini, beliau tidak pernah mengenali dan mempelajari komponen komputer seperti keyboard, PC dan tetikus. Beliau juga tidak pernah mempelajari Microsoft Office seperti Words, Excel, Powerpoint dan Publisher serta kurang terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan dengan ICT.

Selepas penubuhan Pusat Internet Melugu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Melugu untuk menyiapkan kerja sekolah dengan mencari maklumat berkaitan dengan matapelajaran di sekolah. Beliau turut memanfaatkan Pusat Internet sebagai tempat untuk meningkatkan kemahiran ICT melalui penyertaan dalam kelas-kelas ICT yang diadakan. Kini beliau semakin mahir menggunakan perisian yang terdapat dalam komputer seperti Microsoft Office dan seterusnya memanfaatkan kemahiran yang dimiliki untuk menyiapkan kerja sekolah dengan lebih pantas.


Giner anak Bujang

Pn. Giner anak Bujang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berminat dan berbakat dalam membuat kraftangan. Beliau merupakan seorang ahli yang sangat aktif menyertai apa jua aktiviti yang diadakan di PI Melugu. Oleh itu, beliau telah menyertai kelas keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) yang diadakan di Pusat Internet Melugu.

Pelbagai jenis kraftangan yang telah beliau pelajari dan dijual kepada penduduk sekitar Melugu. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 014-2866915.


Hellesa anak Stephen Banyoi

Pn. Hellesa anak Stephen Banyoi berminat dalam penjualan produk secara online dan merupakan ejen dropship bagi produk kecantikkan yang dihasilkan oleh usahawan tempatan iaitu Le’Lora Beauty. Produk kecantikkan yang diiklankan oleh beliau dalam media sosial telah mendapat permintaan yang memberangsangkan daripada penduduk sekitar. Untuk maklumat lanjut, beliau boleh dihubungi ditalian 0111-4314088 atau Facebook : Hlle Lessa Stephen Banyoi.


Moni anak Serit

Pn. Moni anak Serit merupakan seorang usahawan yang berminat dan berbakat dalam membuat kraftangan bermanik. Beliau telah banyak menghasilkan kraftangan seperti rantai, gelang kaki dan tangan lalu menjual kraftangan tersebut di Pasar Tamu Sri Aman. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 0111-9884195 atau Facebook : Aurel Leo


Pamela Min anak Rumpang

Adik Pamela Min Anak Rumpang telah mendaftar sebagai ahli PI Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu iaitu pada tahun 2017. Sebelum penubuhan PI Melugu, beliau tidak pernah belajar mengenai Microsoft Office dan basic ICT. Beliau juga tidak pernah terdedah dengan digital literacy iaitu mengenai keselamatan penggunaan internet.

Selepas penubuhan PI Melugu, beliau menggunakan perkhidmatan di PI Melugu sepenuhnya dan kerap mengikuti kelas-kelas yang diadakan di PI Melugu serta aktif menggiatkan diri menyertai pertandingan yang diadakan semasa hari terbuka PI Melugu. Beliau juga terdedah kepada Klik Dengan Bijak dan isu-isu semasa berkaitan ICT.


Velvet Triyarinna anak Wellington

Adik Velvet Triyarinna Anak Wellington telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu iaitu pada awal tahun 2017. Sebelum ini, beliau tidak pernah belajar mengenai e-learning, pc hardwares dan mempunyai kekangan kemudahan perkhidmatan seperti percetakan, scan, laminate dan lain-lain lagi.

Selepas penubuhan Pusat Internet Melugu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Melugu untuk belajar mengenai komponen komputer, Microsoft Office, bermain permainan berbentuk pendidikan seperti Uptoten, belajar membuat video animasi menggunakan laman web Powtoon dan belajar advokasi seperti Klik Dengan Bijak, Online Grooming, Check Your Label dan e-waste.


Arini binti Sarkawi

Pn. Arini binti Sarkawi merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berminat dan berbakat dalam membuat kraftangan. Beliau telah menjadi ahli PI Melugu pada tahun 2017 dan telah menyertai kelas keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) yang diadakan di Pusat Internet Melugu. Pelbagai jenis kraftangan yang telah beliau pelajari melalui penglibatan dalam kelas ini. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 012-8572578.


Jackson Jurai anak Luchu

Jackson Jurai anak Luchu merupakan penjual makanan dan panggang di kawasan Melugu. Beliau menjalankan jualan pada setiap petang dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Beliau turut mengadakan jualan semasa Hari Terbuka PI Melugu. Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, beliau boleh dihubungi di talian 014-2968085.


Cannisa Arina Anak Empati

Cannisa Arina anak Empati merupakan seorang belia yang masih menganggur dan sedang mencari pekerjaan. Sebelum ini, beliau kurang mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta tidak mempunyai akaun email dan tidak pernah belajar membuat blog. Selain itu, beliau juga kurang pengetahuan membuat surat rasmi memohon pekerjaan. Selepas mendaftar sebagai ahli PI dan mengikuti kelas di PI, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office dan juga telah membuat resume menggunakan format yang betul bagi memohon pekerjaan. Beliau juga telah membuka akaun email untuk memudahkan sebarang urusan pekerjaan.


Hellena Burai Anak Rurin

Adik Hellena Burai anak Rurin merupakan pelajar lepasan SPM 2019. Sebelum menduduki peperiksaan SPM, beliau telah datang ke PI dan mendaftar sebagai ahli PI untuk menyertai kelas ICT. Sebelum mengikuti kelas di PI, beliau kurang mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Beliau juga tidak berpengetahuan dalam mengedit gambar dan membuat video. Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office dan tahu cara untuk mengedit gambar serta membuat video. Beliau juga tahu cara membuat resume dan surat rasmi memohon pekerjaan menggunakan format yang betul


Anoi Binti Kulni

Pn. Anoi binti Kulni merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berminat dan berbakat dalam membuat kraftangan. Beliau telah menjadi ahli PI Melugu pada tahun 2017 dan telah menyertai kelas keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) yang diadakan di Pusat Internet Melugu. Pelbagai jenis kraftangan yang telah beliau pelajari melalui penglibatan dalam kelas ini. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 014 - 5925277.


Adeline Anak Jemat

Pn. Adeline anak Jemat merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai minat dalam pembuatan biskut. Beliau telah menghasilkan pelbagai jenis biskut mengikut permintaan pelanggan dengan harga yang berpatutan. Biskut buatan beliau sering mendapat permintaan daripada pelanggan sekitar terutama pada musim perayaan. Beliau boleh dihubungi di talian 014-2878868 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.


Josie Lamenda Anak Ladu

Cik Josie Lamenda anak Ladu merupakan salah seorang ejen bagi sebuah produk penjagaan kulit yang dinamakan Awet Muda Kosmetik secara sepenuh masa. Beliau aktif mengadakan pameran di setiap program yang diadakan di Sri Aman dan pernah mengadakan pameran semasa Hari Terbuka PI Melugu. Beliau boleh dihubungi di talian 0111-6067979 atau berkunjung terus ke kiosk beliau di Pasar Tamu Baru Sri Aman.


Rebeka Jabai anak Jim

Rebeka Jabai anak Jim merupakan belia yang telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu iaitu pada awal tahun 2017. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Melugu, beliau kurang mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Excel dan Powerpoint serta tidak pernah membuat resume menggunakan format yang betul.

Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian. Beliau juga lebih pantas menaip dan kreatif mempersembahkan sesuatu tugasan yang diberi menggunakan apa yang telah dipelajari dalam kelas ICT.


Eva Damie anak Jim

Eva Damie anak Jim telah menjadi ahli PI Melugu sejak dari awal penubuhan PI Melugu iaitu pada tahun 2017.Beliau merupakan seorang pelajar lepasan SPM 2019. Sebelum mengikuti kelas ICT, Beliau kurang mahir menggunakan Microsoft Office dan kurang pengetahuan dalam membuat surat rasmi untuk memohon pekerjaan. Beliau juga kurang terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan ICT.

Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau semakin mahir menggunakan ICT seperti Microsoft Office (Words, Powerpoint & Excel) dan membuat resume. Beliau juga telah mengetahui cara membuat surat rasmi permohonan kerja menggunakan format yang betul dan terdedah dengan isu-isu semasa pada masa kini.


Rebeka Jabai anak Jim

Cik Rebeka Jabai anak Jim amat berminat dan berbakat dalam membuat kraftangan macramé. Beliau sering melayari laman web seperti Youtube untuk mempelajari pembuatan pelbagai jenis macramé. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 017-8566104 ataupun ke PI Melugu untuk sebarang pertanyaan.


Fecilla Solan anak Parry

Fecilla Solan anak Parry merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang menjadi ejen bagi sebuah produk kesihatan PinkLady sebagai pendapatan sampingan. Sebagai seorang dropship produk kesihatan, beliau menggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai platform untuk menjual produk. Pelanggan yang berminat untuk membeli produk tersebut boleh menghubungi beliau di talian 017-6600258 atau di laman sosial Facebook untuk tempahan atau pertanyaan.


Fecillia Solan anak Parry

Fecillia Solan anak Parry merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu yang telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Melugu pada awal tahun 2018. Beliau sering datang ke Pusat Internet Melugu untuk mendapatkan perkhidmatan seperti online, mencetak, fotokopi, mengimbas dan laminate bagi keperluan sekolah beliau. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Melugu, adik Fecillia Solan kurang mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Excel, Powerpoint dan Publisher serta tidak terdedah dengan advokasi.

Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint, Excel dan Publisher serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian. Beliau juga lebih pantas menaip dan semakin mahir menggunakan Microsoft Excel untuk mengumpul data atau figure yang memerlukan pengiraaan yang banyak dalam bisnes beliau.


Hellena Burai anak Rurin

Adik Hellena Burai anak Rurin telah menjadi ahli PI Melugu pada awal tahun 2019. Sebelum menjadi ahli di PI Melugu, beliau kurang berpengetahuan dan kemahiran dalam penggunaaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint, Excel dan Publisher serta kemahiran ICT yang lain. Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau semakin mahir menggunakan ICT seperti Microsoft Office (Words, Powerpoint, Excel dan Publisher). Beliau juga terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan ICT.


Dom anak Bujang

En. Dom anak Bujang telah membuka perniagaan kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian untuk penduduk di kawasan sekitar Melugu. Sejak awal tahun 2020, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan menjalankan penjualan sate dan ice shake. Untuk sebarang tempahan atau pembelian, beliau boleh dihubungi di talian 013-8945761 ataupun pelanggan boleh berkunjung terus ke kedai beliau yang terletak di Jalan Ridan, Melugu Skim.


Gilligivray Augustine anak Tawau

En. Gilligivray Augustine anak Tawau merupakan seorang Make-Up Artist (MUA) yang diiktiraf dan telah membuka sebuah bridal yang diberi nama Gabby Artistry di Jalan Bayu Sri Aman. Beliau menjalankan perkhidmatan solekan dan dandanan untuk pasangan pengantin, photoshoot dan acara istimewa seperti makan malam, pengiring pengantin dan lain-lain lagi. Selain itu, beliau juga turut menyediakan perkhidmatan menghias pelamin, mendekorasi gereja dan acara istimewa seperti majlis hari jadi, ulangtahun dan lain-lain lagi. Bagi pelanggan yang berminat untuk berurusan dengan beliau, beliau boleh dihubungi di talian 013-8486273 atau melayari Facebook iaitu Gabby Artistry.


Ng Siaw Hong

Pn. Ng Siaw Hong merupakan seorang suri rumah yang berminat dalam penjualan barangan secara online. Beliau telah menjalankan perniagaan penjualan nasi lemak secara COD ke sekitar kawasan Melugu dan kawasan-kawasan yang lain mengikut permintaan pelanggannya dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang ditawarkan adalah seperti nasi lemak ayam, nasi ayam penyet dan nasi ikan tilapia penyet. Beliau boleh dihubungi di talian 012-8893129 atau layari Facebook Siaw Hong Ng untuk tempahan atau pertanyaan.


Adleas Jimmy anak Menilla

Adik Adleas Jimmy anak Menilla telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Melugu sejak tahun 2019. Sebelum penubuhan PI Melugu, adik Adleas Jimmy tidak pernah terdedah dengan komponen komputer, tidak pernah mempelajari Microsoft Office seperti Words dan kurang terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan dengan ICT.

Dengan penubuhan PI Melugu, adik Adleas Jimmy sering memanfaatkan masa pada setiap hujung minggu dengan berkunjung ke PI Melugu untuk mengikuti kelas-kelas ICT bagi memantapkan kemahiran ICT beliau. Adik Adleas Jimmy telah mengenali komponen komputer seperti PC, keyboard dan tetikus serta tahu menggunakan alatan-alatan dalam Microsoft Office Words.


Alexsandra Munah anak Menilla

Adik Alexsandra Munah anak Menilla telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Melugu sejak tahun 2019. Sebelum ini, beliau kurang terdedah dengan teknologi ICT dan kurang kemahiran dalam penggunaan Microsoft Office seperti Words, Excel, Powerpoint dan Publisher. Beliau juga kurang memahami kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan kurang terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan ICT.

Selepas penubuhan Pusat Internet Melugu, adik Alexsandra Munah sering berkunjung ke Pusat Internet Melugu dan memanfaatkan Pusat Internet sebagai tempat untuk belajar serta meningkatkan kemahiran ICT beliau. Kini beliau sudah semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint, Excel dan Publisher dengan mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan pada setiap hujung minggu. Beliau turut memanfaatkan penggunaan media sosial seperti Youtube dengan lebih bijak dengan melayari bahan-bahan berunsur pendidikan.


Rovena Niny anak Ramping

Adik Rovena Niny anak Ramping merupakan seorang pelajar di SMK Melugu yang berminat untuk menjalankan perniagaan sampingan dengan menjadi salah seorang dropship produk Chocodap’s iaitu produk berasaskan coklat yang mempunyai pelbagai perisa mengikut citarasa pelanggan. Terdapat 3 variasi produk Chocodap’s iaitu classic, yogurt dan truffle. Classic choc terdiri daripada almond milk choc, raisin milk choc, almond dark choc, almond sesame choc dan meteor choc. Yogurt terdiri daripada original, mango dan strawberi manakala truffle pula terdiri daripada hazelnut, mango dan chocoflake. Pelanggan boleh menghubungi adik Rovena Niny di talian 012-8340630 atau boleh berkunjung ke Pusat Internet Melugu untuk sebarang pertanyaan atau tempahan berkenaan produk Chocodap’s.


Josie Lamenda anak Michael Du

Cik Josie Lamenda anak Michael Du merupakan seorang ejen bagi produk Awet Muda Kosmetik yang menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Seiring dengan peredaran waktu dan minat yang mendalam dalam bidang kecantikan, beliau telah mengembangkan bakat dengan menyertai Kursus Pembuatan Sabun. Hasilnya, beliau telah berjaya memasarkan sabun buatan sendiri yang diberi nama Mang Lemanak Soap. Pelanggan yang berminat untuk membeli sabun berkenaan boleh menghubungi beliau di talian 0111-6067979 atau melayari laman Facebook Josie Lamenda J.


Rebeka Jabai anak Jim

Rebeka Jabai anak Jim merupakan belia yang telah mendaftar sebagai ahli PIK Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu iaitu pada awal tahun 2017. Sebelum ini, beliau telah mengikuti kursus Microsoft Office seperti Words, Excel, Powerpoint & Publisher di PIK Melugu. Beliau kurang berkemahiran dalam penggunaan aplikasi untuk mengedit video dan gambar. Beliau juga kurang terdedah dalam membuat, mengedit dan menggunakan aplikasi animasi.

Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau berpengetahuan dalam membuat dan mengedit video menggunakan aplikasi Powtoon. Beliau juga berkemahiran dalam membuat dan mengedit gambar menggunakan aplikasi Canva.com


Eva Damie anak Jim

Eva Damie anak Jim telah menjadi ahli PIk Melugu sejak dari awal penubuhan PIK Melugu iaitu pada tahun 2017. Beliau merupakan seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum ini, beliau pernah mengikuti kelas ICT di PIK Melugu iaitu Microsoft Office. Namun, beliau kurang berpengetahuan dalam mengedit menggunakan aplikasi video, gambar dan animasi.

Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau semakin mahir menggunakan aplikasi untuk mengedit video seperti Powtoon dan mengedit gambar menggunakan aplikasi Canca.com. Selain itu, beliau juga terdedah dengan aplikasi animasi seperti Scratch.


Agnis Mawi Aji

Pn. Agnis Mawi Aji merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang aktif menyertai program yang diadakan di sekitar Kampung Melugu dan PIK Melugu. Beliau telah mempelajari pelbagai jenis kraftangan melalui penyertaan program-program yang telah diadakan. Untuk sebarang pertanyaan, beliau boleh dihubungi di talian 01117661359.


Tinggau anak Sambai

Pn. Tinggau anak Sambai merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berminat dan mahir dalam membuat kraftangan. Beliau kerap menyertai Kelas Pendidikan Kemahiran Jahitan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman dan telah menghasilkan pelbagai jenis kraftangan yang menarik. Beliau boleh dihubungi di talian 01112992109 untuk tempahan atau pertanyaan.


Vanida Eszah anak Douglas

Cik Vanida Eszah anak Douglas merupakan seorang belia yang berminat dan berbakat dalam membuat kraftangan crochet iaitu crochet untuk botol air dan gaun mini untuk minyak wangi kereta. Beliau telah menjual kraftangan berkenaan dengan harga yang berpatutan dan mendapat permintaan daripada penduduk setempat. Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, beliau boleh dihubungi di talian 0145875234 atau page Facebook : Ve’hasze Crochet & Crafts.


Fecillia Solan anak Parry

Fecillia Solan anak Parry merupakan seorang pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu yang telah mendaftar sebagai ahli PIK Melugu sejak dari tahun 2018. Sebelum ini, beliau telah mengikuti kursus Microsoft Office seperti Words, Excel, Powerpoint & Publisher di PIK Melugu. Namun, beliau kurang berkemahiran dalam penggunaan aplikasi untuk mengedit video dan gambar. Beliau juga kurang terdedah dalam membuat, mengedit dan menggunakan aplikasi animasi. Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau berpengetahuan dalam membuat dan mengedit video menggunakan aplikasi Powtoon. Beliau turut berkemahiran dalam membuat dan mengedit gambar menggunakan aplikasi Canva.com


Hellena Burai anak Rurin

Hellena Burai anak Rurin telah menjadi ahli PIK Melugu sejak dari tahun 2019. Sebelum ini, beliau pernah mengikuti kelas ICT di PIK Melugu iaitu Microsoft Office. Namun, beliau kurang berpengetahuan dalam mengedit menggunakan aplikasi video, gambar dan animasi. Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau semakin mahir menggunakan aplikasi untuk mengedit video seperti Powtoon dan mengedit gambar menggunakan aplikasi Canca.com. Selain itu, beliau juga terdedah dengan aplikasi animasi seperti Scratch.


Lohai anak Gud

Pn. Lohai Anak Gud merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang bergiat aktif dalam menyertai sebarang program atau aktiviti yang diadakan di sekitar kawasan kampung Melugu. Beliau kerap menyertai Kelas Pendidikan Kemahiran Jahitan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman dan telah mempelajari pelbagai jenis kraftangan melalui penyertaan program-program yang telah diadakan. Untuk sebarang pertanyaan, beliau boleh dihubungi di talian 019-3249245.


Mutyma Amoi

Pn. Mutyma Amoi merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berbakat dan berminat dalam pembuatan kek dan bun. Kek dan bun yang dihasilkan oleh beliau sering mendapat permintaan yang memberangsangkan daripada masyarakat Kampung Melugu serta di kawasan sekitar Sri Aman berikutan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Beliau juga kerap menghasilkan kek mengikut tempahan pelanggan terutamanya pada musim-musim perayaan. Pn. Mutyma Amoi boleh dihubungi di talian 0111-2629815 atau page Facebook MamaLyncaca Mutyma untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.


Daniel Voon

Adik Daniel Voon merupakan salah seorang pelajar calon peperiksaan SPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu yang telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Komuniti Melugu sejak awal penubuhan PIK Melugu iaitu 2017. Beliau sering berkunjung ke PIK Melugu untuk mendapatkan perkhidmatan seperti online, mencetak, fotokopi, mengimbas dan laminate. Sebelum ini, adik Daniel Voon pernah mengikuti kelas Microsoft Office namun pengetahuan beliau mengenai penggunaan alatan dalam Microsoft Office terutamanya Words masih terbatas. Oleh itu, adik Daniel Voon yang masih mengikuti PDPR telah mengambil peluang untuk menyertai kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti Melugu bagi memudahkannya menyiapkan kerja sekolah. Kini, beliau semakin yakin dan berkebolehan untuk menggunakan Microsoft Office Words setelah membuat latihan berkenaan dengan topik yang berlainan.


Agatha Jambun anak Kennedy

Adik Agatha Jambun merupakan seorang belia lepasan SPM yang telah menjadi ahli di Pusat Internet Komuiti Melugu sejak tahun 2019. Namun, beliau mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terhad dalam penggunaan Microsoft Office terutamanya Words. Selepas mengikuti kelas ICT pada setiap hujung minggu, beliau semakin mahir menggunakan ICT seperti Microsoft Office Words. Beliau juga terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan ICT.


Rina anak Pulin

Pn Rina merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berminat dan berbakat dalam pembuatan kek harijadi, kek bajet dan kek cheese. Beliau menjalankan perniagaan sepenuhnya dari rumah dengan dibantu oleh suami beliau yang melakukan kerja-kerja penghantaran kek (COD) mengikut kawasan permintaan pelanggan. Pelanggan yang berminat untuk menempah dan membeli kek hasil buatan beliau boleh menghubunginya di talian 013-7970522 atau Facebook Rina Pulin (Rina Cheese Cake).


Lorita anak Biang

Pn. Lorita anak Biang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang bergiat aktif dalam menyertai sebarang program atau aktiviti yang diadakan di sekitar kawasan Kampung Melugu. Pn Lorita juga selalu menyertai kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PIK Melugu. Melalui penyertaan beliau dalam pelbagai program berkaitan keusahawanan, Pn. Lorita telah menghasilkan pelbagai jenis kraftangan mengikut kemahiran dan kreativiti yang dimiliki. Pn. Lorita boleh dihubungi di talian 019-3249245 untuk sebarang pertanyaan lanjut.


Semih anak Kiaw

En. Semih anak Kiaw merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Komuniti Melugu yang telah mendaftar sejak dari tahun 2018. Beliau merupakan seorang yang aktif mengikuti aktiviti-aktiviti dan kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PIK Melugu dengan kerjasama bahagian kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman. Beliau juga telah menghasilkan pelbagai jenis kraftangan mengikut kreativiti melalui kelas-kelas keusahawanan yang telah disertai. En. Semih anak Kiaw boleh dihubungi di talian 01125172935 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.