Sesi Taklimat Program Perkhidmatan Pintar NADI

25 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan sesi taklimat program perkhidmatan pintar NADI yang baharu diperkenalkan kepada ketua-ketua kampung di sekitar Kampung Melugu dan Entulang. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan kepada mereka mengenai program 5 Smart Services yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 dan 2025.

Dalam taklimat ini, terdapat beberapa perkara telah diperjelaskan oleh Pengurus NADI Melugu iaitu statistik keahlian NADI di seluruh negara, NADI Keusahawanan, NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat, NADI Kesejahteraan Kendiri, NADI Kesedaran dan NADI inisiatif-inisistif kerajaan serta pecahan kumpulan sasaran mengikut setiap program.

Selain itu, Pengurus turut menerangkan mengenai perancangan program bagi mencapai sasaran 1 juta ahli menjelang akhir tahun 2024 iaitu program bersama komuniti, kolaborasi bersama agensi tempatan, sekolah, JKKK dan komuniti Madani.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali