Jemputan Menjadi Juri Pertandingan Sempena Sambutan Hari Malaysia di Tabika KEMAS Melugu Skim

12 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah dijemput oleh pihak dari Tabika KEMAS Melugu Skim untuk menjadi juri bagi pertandingan sempena sambutan Hari Malaysia 2024.

Dalam pertandingan ini, terdapat 2 kategori yang telah dipertandingkan yang melibatkan penyertaan daripada kanak-kanak Tabika Melugu Skim iaitu Pertandingan Pakaian Tradisional Terbaik dan Pertandingan Kreativiti Terbaik. Pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan oleh guru-guru dan pembantu Tabika Melugu Skim untuk menaikkan lagi semangat dan menarik lebih ramai penyertaan daripada kanak-kanak tabika pada tahun-tahun yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali