Kelas STEM-IoT – Hakabokku dan Smart Turn

17 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.

Dalam sesi pertama kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game yang bertajuk Hakabokku. Peserta diajar cara menggunakan tetikus untuk menggerakkan anak panah biru di sekeliling bagi menghapuskan semua petak biru dan merah sehingga tiada lagi petak dalam kotak pada setiap peringkat.

Pada sesi kedua pula, peserta memilih permainan bertajuk Smart Turn dimana mereka mengklik bar yang terpapar untuk memperoleh bintang. Peringkat tersebut akan diulang sekiranya bar berlanggar sesama sendiri manakala pesert akan mara ke peringkat seterusnya sekiranya mereka berhasil mencapai bintang tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali