Mesyuarat AJK NADI Melugu Suku Ketiga Tahun 2024 - Siri 6/2024
18 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan mesyuarat bersama AJK NADI Melugu dengan menjemput ketua-ketua kampung yang terdapat di sekitar kawasan Melugu.
Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai perancangan Program Perasmian Projek RTP yang telah siap di NADI Melugu. Majlis perasmian akan diadakan pada 26 Julai 2024 yang akan dihadiri oleh ketua-ketua kampung dan Setiausaha kawasan masing-masing di sekitar Melugu serta tetamu-tetamu jemputan yang lain. Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Mong Dagang selaku ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bukit Begunan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: