Kelas STEM-IoT – Hakabokku, Kaboom Cells dan Smart Turn
14 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.
Dalam sesi pertama kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game yang bertajuk Hakabokku. Peserta diajar cara menggunakan tetikus untuk menggerakkan anak panah biru di sekeliling bagi menghapuskan semua petak biru dan merah sehingga tiada lagi petak dalam kotak pada setiap peringkat.
Pada sesi kedua, peserta bermain permainan bertajuk Kaboom Cells dimana mereka akan memilih dan mengklik bola bom untuk diletupkan. Bom terpilih harus mempunyai bom lain yang berdekatan untuk diletupkan bagi mara ke peringkat seterusnya. Pada sesi ketiga pula, peserta memilih permainan bertajuk Smart Turn dimana mereka mengklik bar yang terpapar untuk memperoleh bintang. Peringkat tersebut akan diulang sekiranya bar berlanggar sesama sendiri manakala pesert akan mara ke peringkat seterusnya sekiranya mereka berhasil mencapai bintang tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: