Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Melugu Skim

13 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Julai 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bersama kanak-kanak dari Tabika KEMAS Melugu Skim. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memahirkan kanak-kanak dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran di peringkat awal.

Kelas ini merupakan kesinambungan dari kelas ICT yang telah diadakan pada bulan lepas. Dalam kelas ini, peserta dimaklumkan mengenai sambutan Hari Sarawak yang akan disambut pada 22 Julai. Peserta telah menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku dan diterangkan mengenai maksud warna dalam setiap bendera Sarawak.

Peserta kemudiannya dikehendaki mewarna bendera Sarawak secara online menggunakan laman web Scrapcoloring.com. Mereka turut menjawab kuiz berkaitan sambutan Hari Sarawak berdasarkan penerangan yang telah diberi oleh Pengurus NADI Melugu. Markah akan dipaparkan setelah peserta selesai menjawab setiap soalan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali