Kelas E-learning – Mewarna Bendera Sarawak dan Kuiz Hari Sarawak

13 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Julai 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Dalam sesi pertama kelas ini, bersempena dengan Hari Sarawak yang akan disambut pada 22 Julai, peserta telah diminta untuk mewarna bendera Sarawak secara online menggunakan laman web Scrapcoloring.com.

Pada sesi kedua pula, peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz berkaitan dengan Hari Sarawak menggunakan laman web Quizizz.com. Markah akan terpapar setelah mereka selesai menjawab kesemua 10 soalan. Peserta boleh menjawab semula soalan salah yang terpapar pada bahagian markah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali