Kelas E-learning – 100 Snowballs

29 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuka laman web ABCya.com dan memilih tajuk 100 snowballs. Mereka dikehendaki untuk mengklik dan menyeret bola salji di sekitar pemandangan musim sejuk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali