Mesyuarat AJK PEDi Melugu Suku Pertama Tahun 2024 - Siri 2/2024

27 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan mesyuarat bersama AJK PEDi Melugu dengan menjemput ketua-ketua kampung yang terdapat di sekitar kawasan Melugu.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2023 serta membincangkan program/aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2024. Mesyuarat dimulakan dengan caj-caj perkhidmatan di PEDi Melugu, skop kerja, pembubaran dan perlantikan AJK PEDi Melugu. Pengurus turut menerangkan mengenai KPI PEDi bagi tahun 2024.

Selain itu, aktiviti/program yang dicadangkan sepanjang tahun 2024 adalah seperti Hari Bersama AJK PEDi Melugu dan aktiviti gotong-royong. Pada kesempatan ini juga Pengurus PEDi Melugu turut memperjelaskan mengenai kelas-kelas dan program – program yang akan diadakan setiap bulan seperti Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Melugu dan Tabika KEMAS Entulang serta program-program berkaitan yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali