Kelas STEM-IoT – Connect IT & Lifespan Candle
9 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli NaDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.
Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game. Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pada sesi pertama peserta dikehendaki melengkapkan permainan yang bertajuk Connect IT dimana mereka dikehendaki untuk mengheret dan melepaskan gear pada pemutar untuk menyambungkan wayar bagi mara ke peringkat yang seterusnya. Permainan ini mempunyai 20 peringkat.
Pada sesi kedua, peserta telah memilih permainan bertajuk Lifespan Candle dimana mereka dikehendaki untuk menggunakan kekunci anak panah (arrow) dan spacebar yang terdapat pada komputer untuk menggerakkan lilin yang menyala supaya dapat sampai ke goal sebelum lilin tersebut padam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: