Kelas STEM-IoT – Use Shadows Game & Hefty Shaman

5 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.

Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game. Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pada sesi pertama peserta dikehendaki melengkapkan permainan yang bertajuk Use Shadows Game dimana mereka akan berlari dan mencipta bayangan untuk mendapatkan aiskrim bagi mara ke peringkat yang seterusnya. Terdapat 20 peringkat dalam permainan ini.

Pada sesi kedua, peserta telah memilih permainan bertajuk Hefty Shaman dimana mereka dikehendaki untuk menggunakan kekunci anak panah (arrow) dan spacebar yang terdapat pada komputer untuk menggerakkan avatar supaya dapat memasuki altar untuk mara ke peringkat yang seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali