Kelas E-learning – ABC Slider Puzzle

27 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuka laman web ABCya.com dan memilih tajuk ABC Slider Puzzle. Mereka dikehendaki untuk menyusun kembali huruf-huruf A hingga Z mengikut urutan yang telah berselerakan dengan meluncurkan blok-blok tersebut samada ke atas, bawah, kiri atau kanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali