Sesi Taklimat Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI)
26 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi taklimat secara maya mengenai SejaTi MADANI yang diadakan oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dari Jabatan Perdana Menteri melalui aplikasi Zoom Meeting. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan kepada para petugas NADI mengenai program SejaTi MADANI untuk memperkasa aktiviti ekonomi komuniti dengan pemberian geran bagi pelaksanaan program-program sektor tumpuan.
Dalam taklimat ini, terdapat beberapa perkara telah diperjelaskan oleh pihak ICU JPM iaitu 5 sektor tumpuan program ini seperti pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula. Selain itu, pihak ICU JPM turut menerangkan mengenai kumpulan komuniti yang layak memohon, kategori permohonan dan aliran proses permohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: