Kelas Advokasi – Kuiz Berkongsi Secara Berlebihan dan Maklumat Palsu
24 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Jun 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas advokasi menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai keselamatan penggunaan internet.
Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi dimana dalam sesi pertama peserta dikehendaki untuk menjawab soalan dan jawapan advokasi yang betul bertajuk Berkongsi Secara Berlebihan menggunakan template Kuiz. Markah akan dipaparkan selepas peserta selesai menjawab kesemua soalan.
Untuk sesi kedua, peserta diminta untuk mencari padanan soalan dan jawapan yang betul mengenai kuiz advokasi bertajuk Maklumat Palsu menggunakan template Membuka Kotak. Jawapan bagi padanan yang betul atau salah akan ditunjukkan setelah peserta memadankan soalan dan jawapan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: