Kelas STEM-IoT – Growmi, Curveball dan Diver Down
23 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.
Dalam sesi pertama kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game yang bertajuk Growmi. Peserta diajar cara menggunakan papan kekunci untuk mengalih, mengecil dan membesarkan makhluk Growmi untuk menyelesaikan teka-teki dan mengelakkan musuh bagi mara ke peringkat yang seterusnya.
Pada sesi kedua, peserta bermain permainan bertajuk Curveball dimana mereka akan menembak bola berwarna-warni untuk mengenai sasaran dan mengelakkan halangan. Pada sesi ketiga pula, peserta memilih permainan bertajuk Diver Down dimana mereka akan menggunakan kekunci anak panah untuk menggerakkan avatar menuju pintu bagi mara ke peringkat yang seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: