Kelas STEM-IoT – Dynamic System dan Green Stem Game

21 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.

Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game. Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pada sesi pertama peserta dikehendaki melengkapkan permainan yang bertajuk Dynamic System dimana mereka akan membina laluan untuk memasukkan bola besi ke dalam bakul yang disediakan untuk mara ke peringkat seterusnya. Terdapat 30 peringkat dalam permainan ini.

Pada sesi kedua, peserta telah memilih permainan bertajuk Green Stem Game dimana mereka dikehendaki untuk memenuhi ruang kosong dengan warna hijau untuk mara ke peringkat yang seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali