Staff Training – Sexual Harassment At The Workplace

15 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah menyertai sesi taklimat secara maya mengenai gangguan seksual di tempat kerja oleh Pn. Cantiynia anak Ringos dari REDtone melalui aplikasi Microsoft Team. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan mengenai gangguan seksual yang sering dialami oleh pekerja-pekerja di tempat bekerja.

Dalam taklimat perkongsian ini, Pn. Cantiynia telah memberi pemahaman yang jelas mengenai maksud gangguan seksual dan kesan kepada orang ramai, mengenalpasti jenis-jenis gangguan seksual di tempat kerja, tanggungjawab pekerja untuk memastikan tempat kerja adalah bebas daripada gangguan seksual, polisi/akta berkaitan dan langkah-langkah untuk memfailkan aduan berkenaan di tempat kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali