Kelas Advokasi – Quiz dan Find the Match
15 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas advokasi menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai keselamatan penggunaan internet.
Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi dimana dalam sesi pertama peserta dikehendaki untuk memadankan perkataan advokasi dengan gambar yang ditunjukkan dengan betul menggunakan template Quiz. Template Quiz terdiri daripada satu siri soalan yang mempunyai pelbagai jawapan.
Untuk sesi kedua, peserta diminta untuk mencari padanan soalan dan jawapan yang betul menggunakan template Find the Match. Jawapan bagi padanan yang betul atau salah akan ditunjukkan setelah peserta memadankan perkataan dan gambar tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: