Staff Training – Safety Induction ( New & Refresher Training)

14 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah menyertai sesi taklimat secara maya mengenai induksi keselamatan oleh En. Nadzmi Haniff yang merupakan Senior Safety & Health Executive dari REDtone melalui aplikasi Microsoft Team. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan mengenai keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa berada di tempat kerja.

Dalam taklimat perkongsian ini, En. Nadzmi telah menerangkan mengenai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, polisi keselamatan dan kesihatan oleh REDtone/SEA Telco, penyebab dan akibat kemalangan dan mengenalpasti bahaya, menilai risiko dan cara untuk mengawal risiko keselamatan pekerja.

Selain itu, beliau turut memberi penerangan tentang prosedur-prosedur di tempat kerja seperti pengendalian secara manual, bekerja di tempat yang tinggi, kerja-kerja elektrik, pengurusan peralatan perlindungan diri (PPE), pemberitahuan mengenai situasi kemalangan dan kerja-kerja mengangkat tali (rope rigging and lifting).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali