Kelas STEM-IoT – Circlo0 2

14 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.

Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game bertajuk Circlo0 2. Mereka diajar tentang platformer fizik iaitu tahap bulat yang berkembang setiap kali mereka mengumpul bulatan. Mereka dikehendaki mengumpul tujuh bulatan untuk melengkapkan setiap peringkat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali