Kelas STEM-IoT – Breaklock
13 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.
Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game yang bertajuk BreakLock. Peserta diajar cara memuatkan titik untuk mencari corak kunci. Permainan tersebut akan memberitahu mereka berapa banyak titik yang mereka akan dapat dengan betul selepas setiap percubaab permainan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: