Kelas Microsoft Word – Membuat Kad Ucapan Hari Easter & Advokasi

2 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 1 April 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Word dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan alatan-alatan dalam Microsoft Word dan mendidik peserta mengenai advokasi keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah diterangkan mengenai alatan-alatan dan fungsi setiap alatan yang kerap digunakan dalam Microsoft Office Words.

Peserta telah diminta untuk membuat kad ucapan Hari Easter mengikut kreativiti masing-masing berpandukan kad ucapan yang ditunjukkan di skrin. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan advokasi pengantunan dalam talian dimana mereka diterangkan mengenai maksud, proses, dan tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pengantunan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali