Kelas Microsoft Powerpoint – Membuat Kad Ucapan Hari Gawai & Advokasi

7 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan alatan-alatan dalam Microsoft Powerpoint dan mendidik peserta mengenai advokasi keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah diterangkan mengenai alatan-alatan dan fungsi setiap alatan yang kerap digunakan dalam Microsoft Office Powerpoint. Peserta telah diminta untuk membuat kad ucapan Hari Gawai mengikut kreativiti masing-masing berpandukan kad ucapan yang ditunjukkan di skrin.

Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan permainan advokasi Interland. Pelajar telah diterangkan mengenai konsep permainan dimana mereka akan dibawa menjelajah 4 buah pulau terapung iaitu Kind Kingdom, Reality River, Mindful Mountain dan Tower of Treasure yang memiliki jenis permainan dan pembelajaran internet yang berbeza. Dalam permainan ini, para peserta diminta untuk bersedia sebelum membuat keputusan yang akan menentukan kiraan markah dalam setiap peringkat permainan. Markah akan ditambah sekiranya pelajar berjaya menjawab setiap soalan dengan betul manakala markah akan ditolak jika jawapannya salah. Mereka dikehendaki untuk menyelesaikan sesebuah permainan sebelum beralih ke permainan yang seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali