Bengkel Videografi Produk Usahawan – Siri 3/2023, Webinar Akses Pembiayaan Tekun Nasional

19 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan program keusahawanan iaitu bengkel videografi bersama para usahawan di sekitar Kampung Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk mengajarkan teknik kemahiran penyuntingan dan penghasilan video kepada peserta. Dalam program ini, peserta yang merupakan para usahawan telah diterangkan tentang kepentingan suntingan dan penghasilan video yang dapat menarik minat pelanggan membeli sesuatu produk.

Peserta yang menyertai bengkel ini dikehendaki untuk memuat turun aplikasi Capcut yang dapat memudahkan mereka melakukan suntingan video di telefon bimbit masing-masing. Selain itu, peserta juga telah menyertai webinar TEKUN Nasional dimana mereka telah diterangkan mengenai objektif, kelebihan, jumlah dan tempoh pembiayaan, kadar keuntungan & simpanan wajib dalam setahun dan dokumen yang diperlukan sekiranya pemohon ingin memohon Skim Pembiayaan TEKUN Nasional.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali