Program Tik Tok Shop

20 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2023, Rakan Digital PEDi Melugu dan salah seorang usahawan dari PEDi Melugu telah menyertai Program Tik Tok Shop anjuran Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) bersama Tik Tok. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi Tik Tok Shop bagi para usahawan yang baharu memulakan perniagaan menggunakan platform Tik Tok.

Dalam program ini, peserta telah diterangkan tentang Tik Tok Shop iaitu merupakan platform e-dagang yang terbaru untuk perniagaan dan pencipta untuk mempamer dan menjual produk mereka terus melalui video in-Feed, LIVE dan tab pameran produk dalam Tik Tok untuk semua pengguna Tik Tok. Peserta juga telah didedahkan mengenai pengenalan kepada SDEC, Tik Tok dan Tik Tok Shop. Selain itu, peserta turut diperjelaskan mengenai setup Tik Tok Shop, Tik Tok Ads, polisi Tik Tok Shop dan pantang larang serta cara menguruskan pesanan Tik Tok Shop. Program ini dilanjutkan lagi dengan sesi petang iaitu tetapan asas Tik Tok Shop dan cara memuatnaik produk, tetapan pelan affiliate, kursus video pendek dan kursus live.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali