Taklimat Terokai Potensi Melalui Jualan Produk Digital

26 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai taklimat perkongsian terokai potensi melalui jualan produk digital. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan mengenai manfaat yang diperolehi melalui penjualan produk secara digital. Dalam taklimat ini, Pengurus PEDi Tanjong Bowang telah memberi pendedahan mengenai potensi dan trend produk digital yang dapat membuka pintu ke pasaran global tanpa had serta memberi peluang menjual barangan kepada pelanggan dari seluruh dunia

Beliau juga menerangkan mengenai manfaat menjual produk digital seperti kos produksi dan pengedaran lebih rendah, kemudahan edaran yang dihantar secara automatic melalui e-mel atau laman web, dapat memantau prestasi produk digital dan respon pelanggan serta perniagaan boleh dijalankan dari mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Jenis produk digital yang dapat digunakan adalah seperti eBook, Webinar, video, audio dan lain-lain lagi yang dapat memperkasa perniagaan usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali