Kelas ICT dan Softskills

13 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas ICT dan softskills kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengetengahkan kreativiti dan kemahiran penggunaan peralatan dalam Microsoft Office. Dalam kelas ini, peserta dikehendaki untuk menaip sajak kemerdekaan menggunakan Microsoft Office Word berpandukan ayat-ayat sajak yang dipaparkan di layar papan putih.

Mereka kemudian menghiasi laman sajak berkenaan berdasarkan kreativiti masing-masing mengikut pemahaman mereka menggunakan alatan dalam Microsoft Word. Selain itu, peserta juga telah menghasilkan slide kemerdekaan menggunakan Microsoft Powerpoint dimana mereka memasukkan elemen teks dan gambar pada slide masing-masing. Peserta kemudiannya diminta untuk mendeklamasikan sajak kemerdekaan yang terpapar di layar papan putih serta menyanyikan lagu Negaraku untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam diri mereka bersempena dengan bulan kemerdekaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali