Kelas E-learning dan Softskill

9 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas e-learning dan Softskill kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal, kolaborasi , kemahiran digital dan meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran. Dalam kelas ini, peserta telah menjawab kuiz online sebanyak 10 soalan berkaitan Hari Malaysia di laman web Quizzizz. Com.

Markah akan dipaparkan selepas mereka selesai menjawab setiap soalan. Peserta juga dikehendaki untuk bermain permainan di laman web Abcya.com bertajuk Let Me Grow dimana mereka akan memindahkan blok yang menghalangi laluan air untuk menyirami bunga. Peserta kelas juga diminta untuk menjawab permasalahan berkaitan soalan-soalan matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, peserta turut membuat watak menggunakan aplikasi app.animaker.com dimana mereka menghiasi watak yang telah dipilih berdasarkan warna kulit, jenis rambut, warna mata, bentuk muka dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali