Sesi Taklimat Program Microsoft Skills For Jobs – Bersama Malaysia

11 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Melugu telah menyertai taklimat Microsoft Bersama Malaysia Initiative 2023 yang menggunakan platform Microsoft Team. Program ini merupakan kerjasama antara Microsoft, Biji-biji Inititiave, SKMM dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Taklimat ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepentingan literasi digital yang dapat memperkasakan 300,000 pekerja digital dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kemahiran digital.

Dalam taklimat ini, Cik Turis Tukiman yang merupakan penceramah telah menerangkan mengenai laluan kemahiran bagi pencari kerja digital iaitu pembangunan professional, pembangunan personal dan sokongan kerjaya. Beliau telah menggalakkan para peserta untuk mendaftar dan menyertai program e-Latih bagi meningkatkan kemahiran digital melalui penyertaan salah satu kursus yang ditawarkan secara percuma iaitu Working with computers and devices with Microsoft. Cik Turis juga telah berkongsi lampiran maklumat dan dokumen yang berkaitan di email peserta yang telah mendaftar mengikuti taklimat ini bagi memudahkan mereka memahami dan seterusnya mewar-warkan program ini kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali