Kelas STEM-IoT

22 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan tablet. Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan melalui aplikasi CoSpaces.edu iaitu di bahagian STEM & Coding.

Peserta diminta untuk memilih permainan bertajuk Prison Escape yang mengkehendaki mereka untuk mencari jalan melepaskan diri dari penjara. Selain itu, peserta juga diminta untuk memilih dan bermain permainan berbentuk halangan menaiki tangga yang telah dicipta oleh ohseok.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali