Kelas E-learning dan STEM - IoT
12 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas e-learning dan STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal, kolaborasi , kemahiran digital dan meningkatkan motivasi serta menghasilkan pencapaian yang lebih baik. Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berbentuk puzzle di laman web abcya.com bertajuk Daisy’s Plumber Puzzle. Mereka dikehendaki untuk menyusun kembali paip-paip yang berselerakan supaya air daripada pili dapat menyirami bunga di hujung kotak tersebut.
Markah berbentuk bintang akan diberi kepada setiap peserta yang dapat menyelesaikan permasalahan sebelum tamat masa yang ditetapkan. Peserta juga telah bermain permainan mencari pasangan gambar di laman web Uptoten.com serta mewarna bendera Malaysia secara online di laman web coloringonly.com. Selain itu, peserta kelas dikehendaki untuk menyiapkan kapal terbang straw (straw plane) menggunakan bahan-bahan seperti kertas, gunting, straw dan selotape. Mereka juga telah menyiapkan lastik batang aiskrim (popsicle stick catapult) menggunakan batang aiskrim, getah dan sudu. Di samping itu, peserta turut menyiapkan struktur binaan menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: