PEDi System Phase 1 Online Training (Sarawak)

22 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Melugu telah menyertai latihan dalam talian Fasa 1 bagi sistem PEDi yang dianjurkan oleh MCMC. Latihan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan sistem PEDi yang baharu kepada petugas-petugas PEDi di seluruh Malaysia. Latihan secara talian ini dijalankan menggunakan aplikasi Zoom dimana petugas yang telah mendaftar dikehendaki untuk memasukkan ID dan passcode yang diterima di email masing-masing.

Puan Najwa telah meminta petugas untuk login ke link sistem PEDi yang telah dikongsi terlebih dahulu bagi memudahkan beliau menerangkan kandungan-kandungan yang terdapat dalam sistem PEDi yang baharu. Sistem PEDi yang baharu ini mengandungi bahagian PEDi dashboard, PEDi modules, PEDi Calendar dan PEDi reports yang mempunyai fungsi tersendiri. Selain itu, sistem PEDi ini juga mempunyai bahagian network monitoring bagi memudahkan petugas PEDi memantau kelajuan dan peratusan penggunaan internet di PEDi masing-masing. Petugas juga dikehendaki untuk memuat turun panduan penggunaan sistem PEDi bagi memudahkan mereka mengakses dan mengisi maklumat dalam sistem PEDi yang baharu ini. Latihan secara talian ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan mengisi borang maklum balas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali