Kelas Softskills - Kemahiran Manipulatif

16 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas kemahiran manipulatif kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membolehkan peserta cekap menguasai kemahiran koordinasi, keseimbangan dan kestabilan pergerakan tangan. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menghasilkan kraf bertajuk The Hand dengan melakar tangan masing-masing di atas sehelai kertas putih berdasarkan panduan langkah demi langkah di Youtube.

Mereka kemudian dikehendaki untuk melukis perhiasan dan mewarna tangan tersebut berdasarkan kreativiti masing-masing. Selepas selesai tugasan berkenaan, peserta kelas dikehendaki untuk menghasilkan kraf iaitu obor-obor kertas dimana mereka menggabungkan beberapa pergerakan motor halus seperti mewarna, melipat, menggunting, menampal dan menulis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali