Program Promosi Kelas Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ)
3 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 2 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu dengan kerjasama daripada bahagian kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman telah mengadakan Program Promosi Kelas PKJ dengan menjemput penduduk di sekitar PEDi Melugu. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan kelas kemahiran jahitan yang dilaksanakan di PEDi serta memberi bimbingan dan kemahiran jahitan asas kepada para peserta.
Dalam program ini, Cikgu Malini yang merupakan salah seorang tenaga pengajar terlebih dahulu menjelaskan bahawa peserta dikehendaki untuk menghasilkan sebuah kotak pensil menggunakan kain jeans, zip dan mesin jahit elektrik yang dibekalkan oleh bahagian kemahiran KEMAS Sri Aman. Beliau menjelaskan langkah demi langkah yang akan dilakukan untuk menghasilkan kotak pensil tersebut dari menanda, melipat dan seterusnya menjahit. Program ini turut dihadiri oleh Puan Marinda Steward Thaim selaku Pegawai KEMAS bagi daerah Sri Aman dan Lubok Antu dan beberapa pegawai KEMAS yang lain untuk memastikan kelancaran program. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama para peserta dan pegawai – pegawai KEMAS.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: