Program Advokasi KafeTEEN@PEDi 2023

13 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Advokasi KafeTEEN@PEDi dengan Kerjasama Pusat Remaja KafeTEEN Sri Aman di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN). Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasa remaja melalui bimbingan dan didikan, membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan yakin serta menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja.

Program ini dimulai dengan sesi taklimat mengenai program kepada para peserta yang hadir. Encik Andresseb Wan Schmit yang merupakan salah seorang Teen Educator telah menerangkan mengenai tingkahlaku seksualiti. Peserta kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melaksanakan aktiviti berkumpulan iaitu melukis dan menanda struktur tubuh lelaki dan perempuan di atas kertas mahjong. Program diteruskan lagi dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Cik Dayang Ummi Nurkhairunnisa dengan tajuk pembuangan bayi, pengguguran dan rogol. Peserta kemudian diminta untuk menjawab soalan yang diutarakan dan hadiah diberi kepada peserta yang menjawab soalan dengan betul. Program diakhiri dengan sesi mengisi borang maklum balas dari para peserta dan bergambar bersama para penceramah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali