Majlis Pelancaran Ulang Tahun Ke-10 Klik Dengan Bijak

18 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2023, PEDi Melugu telah mengikuti Majlis Pelancaran Ulang Tahun Ke-10 Klik Dengan Bijak yang diadakan secara siaran langsung melalui page Facebook Klik Dengan Bijak. Majlis pelancaran ini telah dilaksanakan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital bertempat di Auditorium MCMC Tower 1, Cyberjaya bertemakan “Ke Arah Dunia Siber yang Positif”. Selain itu, majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, YBhg. Datuk Mohammad bin Mentek, Pengerusi Interim MCMC YBhg. Datuk Azmi bin Mohammad Zain dan Ketua Pegawai Operasi MCMC YBhg. Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Klik Dengan Bijak (KDB) mula diperkenalkan oleh MCMC pada tahun 2012 bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan penggunaan internet dengan memberi fokus kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada salah laku siber seperti golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali