Kelas Basic ICT & E-learning

15 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Basic ICT dan e-learning kepada ahli-ahli PEDi Melugu kategori sekolah rendah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkakasan komputer dan Microsoft Office yang kerap digunakan serta mempelajari e-learning untuk memperdalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam kelas ini, peserta telah dijelaskan tentang fungsi setiap perkakasan komputer yang kerap digunakan seperti skrin, papan kekunci, tetikus, pencetak dan lain-lain lagi.

Peserta turut diberi pendedahan mengenai kegunaan Microsoft Office dalam kehidupan seharian serta fungsi Microsoft Office Word, powerpoint dan Excel iaitu untuk mengolah/menaip teks/mempersembahkan teks dan untuk mengira data. Peserta juga telah diminta untuk bermain permainan berunsur pendidikan yang terdapat dalam laman web abcya.com dimana laman web ini mempunyai permainan seperti pengiraan matematik, membaca, menaip, seni dan muzik serta lain-lain lagi mengikut tahap umur peserta.

Pada kali ini, peserta telah bermain Halloween Word Search dimana mereka dikehendaki untuk mencari dan menanda perkataan yang terpapar di bahagian klu. Selain itu, peserta turut bermain permainan berbentuk Pendidikan di laman web Uptoten iaitu ski puzzle dimana mereka dikehendaki untuk mencantum kepingan-kepingan puzzle untuk membentuk gambar yang lengkap. Peserta juga diminta untuk menyelesaikan permainan yang terdapat dalam Interland – Be Internet Awesome iaitu Be Internet Kind.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali