Program Sambutan Hari Malaysia Ke-60 tahun Bersama Tabika KEMAS Melugu Skim

26 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu dengan kerjasama Tabika KEMAS Melugu Skim telah mengadakan Program Sambutan Hari Malaysia Ke-60 tahun bersama kanak-kanak, guru-guru, pembantu dan ibu bapa kanak-kanak. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan murid tabika, menyemai perasaan cintakan tanah air dan pemimpin negara dan memberi pendedahan mengenai digital kepada murid-murid tabika. Program ini dimulai dengan pengenalan kepada maksud Hari Malaysia oleh Pengurus PEDi.

Kemudian peserta diperkenalkan dan diperjelas mengenai maksud warna bendera Malaysia. Peserta turut diperkenalkan dengan Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Puta Al-Haj. Selain itu, peserta program turut menyanyikan lagu patriotik seperti Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera Malaysia. Mereka turut digalakkan untuk melaungkan “Merdeka, Merdeka,Merdeka”sebanyak 7 kali dan seterusnya menonton tayangan video pendek sempena Hari Malaysia bertajuk ‘Bahagia Kita’.

Peserta program telah diminta untuk bersedia mewarna Jalur gemilang menggunakan aplikasi Paint dengan tunjuk ajar daripada ibubapa/penjaga masing-masing. Mereka juga dikehendaki untuk menjawab kuiz berkaitan Hari Kebangsaan dalam aplikasi Quizziz mengikut slide yang telah diterangkan oleh Pengurus PEDi Melugu. Markah akan dipaparkan setelah setiap peserta selesai menjawab soalan-soalan berkenaan. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan bergambar bersama para peserta, ibubapa, penjaga, guru-guru dan pembantu Tabika KEMAS Melugu Skim.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali