Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 3/2023 – Maklumat Palsu – Sebarkan Yang Benar

27 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Melugu telah menyertai Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 3/2023 yang dianjurkan oleh Jabatan Program Komuniti MCMC secara atas talian menerusi platform Facebook ‘Klik Dengan Bijak’. Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Program KDB pada kali ini yang bertajuk Maklumat Palsu – Sebarkan Yang Benar telah disampaikan oleh panel Pn. Haznita Mohamad Lazim yang merupakan Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Negeri Pahang. Beliau telah menerangkan tentang maksud maklumat palsu, statistik pengguna media sosial, aktiviti utama dalam talian, kesan penyebaran maklumat palsu jika tidak dibendung dan cara menilai kesahihan sesebuah maklumat yang diterima. Selain itu, peserta program ini juga diminta untuk menyertai kuiz MyCybergenius yang mengkehendaki mereka untuk menjawab 10 soalan kuiz yang dikemukakan berkaitan tajuk yang telah diterangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali