Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Melugu Skim

24 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bersama kanak-kanak dari Tabika KEMAS Melugu Skim. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak dengan peralatan-peralatan asas komputer. Kelas ini dimulai dengan pengenalan asas kepada perkakasan komputer seperti monitor, pencetak, tetikus, keyboard dan lain-lain lagi. Peserta ditunjukkan gambar peralatan-peralatan yang kerap digunakan bagi memudahkan mereka memahami pelajaran yang disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali