Kelas E-learning Bersama Tabika KEMAS Melugu Skim

23 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning bersama kanak-kanak dari Tabika KEMAS Melugu Skim. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memahirkan kanak-kanak dengan penggunaan teknologi dalam pembelajarn di peringkat awal. Kelas ini dimulai dengan pengenalan asas kepada perkakasan komputer seperti monitor, pencetak, tetikus, keyboard dan lain-lain lagi.

Peserta kemudian diminta untuk menjawab kuiz berkaitan topik yang telah dipelajari di laman web Wordwall. Mereka dikehendaki menaip nama dan memadansuai gambar dengan jenis perkakasan komputer yang betul. Markah dan nama peserta akan dipaparkan selepas mereka selesai menjawab soalan-soalan berkenaan. Selain itu, peserta juga telah diperkenalkan dengan permainan berbentuk pendidikan iaitu abcya.com yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Mereka dikehendaki untuk mencantumkan titik-titik bernombor di bahagian connect the dots.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali