Kelas E-learning Bersama Tabika KEMAS Melugu Skim

21 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning bersama kanak-kanak dari Tabika KEMAS Melugu Skim. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memahirkan kanak-kanak dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran di peringkat awal.

Kelas ini dimulai dengan pengenalan asas kepada permainan berbentuk pendidikan iaitu abcya.com yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Mereka telah bermain teka-teki huruf dengan mengalihkan gambar untuk membentuk gambar yang betul di bahagian alphabet puzzle berbahasa Inggeris. Permainan alphabet puzzle ini mengikut turutan huruf dari A – Z.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali