Bengkel Pemasaran Digital eKelas Usahawan
18 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2023, salah seorang usahawan dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai Bengkel Pemasaran Digital eKelas Usahawan melalui platform Zoom Meeting. Bengkel anjuran Maxis eKelas ini diadakan bertujuan untuk menerangkan mengenai strategi pemasaran digital kepada para usahawan. Dalam program ini, En. Wan Luqman Hakim yang merupakan trainer dari Satu Creative telah menerangkan mengenai proses pemasaran digital yang dapat menarik minat pelanggan iaitu mengenali pelanggan, mereka kandungan, implimentasi dan pemantauan dan penilaian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: