Kelas Keusahawanan – Asas Membuat Bouquet Bunga Coklat

28 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu asas membuat bouquet bunga coklat bersama Pn. Elizebel Danil dari Agape Cakes & Gifts. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat dan melahirkan usahawan yang berkemahiran dalam penggubahan bunga dan hadiah. Kelas ini dimulai dengan pengenalan kepada perniagaan gubahan bunga dan jenis kertas pembungkus yang biasa digunakan oleh penggubah bunga dan hadiah iaitu kain spunbond, kain organza, kain jaring/tile, dan kain guni.

Pn. Elizebel turut mengajar teknik-teknik membuat gubahan bunga dan beliau meminta telah peserta untuk mempraktikkan kandungan yang telah dipelajari supaya dapat menghasilkan gubahan bunga mengikut kreativiti peserta berdasarkan bahan-bahan yang telah disediakan. Selain itu, beliau juga telah memperjelas jenis-jenis dan maksud bagi setiap bunga yang kerap digunakan dalam proses penggubahan bunga. Kelas diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar dan sijil penyertaan kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali