Bengkel Fotografi Produk Usahawan – Siri 2/2023
29 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan program keusahawanan bersama para usahawan di sekitar Kampung Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan sebagai persediaan menghadapi situasi perniagaan mereka. Dalam program ini, peserta yang merupakan para usahawan telah diterangkan tentang kepentingan gambar dalam e-dagang iaitu dapat menjual dan menarik lebih banyak pelanggan, pelanggan kurang ragu-ragu dengan artikel serta meningkatkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk.
Peserta kemudian dikehendaki untuk mengambil gambar produk mengikut kreativiti menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk melihat perbandingan sebelum dan selepas pembelajaran ini. Peserta kemudian dikehendaki untuk membina kotak cahaya (light box) bagi proses pengambilan gambar menggunakan kotak air minuman berpandukan tutorial di Youtube. Mereka diminta untuk mengaplikasikan teknik-teknik yang biasa digunakan seperti eye-level, eagle-eye, close-up, flat-lay dan rule of third bagi mengetahui perbezaan sudut-sudut pengambilan gambar produk yang bersesuaian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: