Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Entulang

9 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bersama kanak-kanak dari Tabika KEMAS Entulang. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memahirkan kanak-kanak dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran di peringkat awal.

Dalam kelas ini, peserta telah diperkenalkan tentang asas perkakasan komputer seperti monitor, pencetak, tetikus, keyboard dan lain-lain lagi. Peserta kemudian diminta untuk menjawab kuiz berkaitan topik yang telah dipelajari di laman web Wordwall menggunakan template Find the match. Mereka dikehendaki menaip nama dan memadansuai gambar dengan jenis perkakasan komputer yang betul. Markah dan nama peserta akan dipaparkan selepas mereka selesai menjawab soalan-soalan berkenaan.

Selain itu, peserta juga telah diminta bermain permainan berbentuk pendidikan iaitu ABCya.com yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Mereka dikehendaki untuk menyeret kepingan puzzle untuk membentuk gambar huruf dari A hingga Z. Setiap huruf akan dianggap lengkap sekiranya padanan kepingan adalah betul. Peserta kelas juga dikehendaki untuk membentuk gambar dengan mencantumkan titik-titik nombor yang terpapar di skrin. Markah berbentuk bintang akan diberikan selepas mereka selesai mencantumkan titik-titik berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali