Kelas ICT – Pengenalan Perkakasan Komputer

6 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas Asas ICT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang asas komputer yang merangkumi fungsi dan komponen asas komputer.

Dalam kelas ini, peserta dikehendaki untuk mengenalpasti dan melabel perkataan yang betul tentang perkakasan komputer menggunakan template Match Up. Selain itu, peserta juga dikehendaki melabel perkakasan komputer menggunakan template Labelled Diagram dimana mereka menyeret dan meletakkan pin pada perkakasan komputer dengan betul. Markah akan dipaparkan selepas mereka selesai menyiapkan kuiz.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali