Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Melugu Skim

4 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bersama kanak-kanak dari Tabika KEMAS Melugu Skim. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memahirkan kanak-kanak dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran di peringkat awal.

Kelas ini merupakan kesinambungan kelas yang telah diadakan pada bulan lepas. Dalam kelas ini, peserta mengulangkaji tentang perkakasan komputer yang telah dipelajari seperti monitor, pencetak, tetikus, keyboard dan lain-lain lagi. Peserta kemudian diminta untuk menjawab kuiz berkaitan topik yang telah dipelajari di laman web Wordwall menggunakan template Find the match. Mereka dikehendaki menaip nama dan memadansuai gambar dengan jenis perkakasan komputer yang betul. Markah dan nama peserta akan dipaparkan selepas mereka selesai menjawab soalan-soalan berkenaan.

Selain itu, peserta juga telah diminta bermain permainan berbentuk pendidikan iaitu ABCya.com yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Mereka dikehendaki untuk menyusun kembali huruf-huruf alphabet mengikut turutan dengan menggerakkan blok-blok huruf berkenaan ke atas, bawah, kiri atau kanan di bahagian bertajuk ABC slider puzzle. Pelajar juga dikehendaki untuk mengenalpasti dan melengkapkan corak/warna secara bersiri di bawah tajuk Fuzz Bugs Patterns.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali